Ads by Smowtion

Monday, December 12, 2011

belum tiba masanya

jam menunjukkan 3.50 pagi. aku terjaga sebab ibu telefon tadi.
aku cepat-cepat study untuk esok.
entah, macam tak masuk otak je. badan masih lemah.
demam tak kebah lagi. tekak panas. selsema tu yang paling tak best.
tapi aku nak jugak update blog nih! HAHA.

petang tadi masa dalam perjalanan ke kajang, tetiba ibu ajukan satu soalan.
"adik, kau bila nak ada boyfriend?". Aku senyap je.
Pastu ibu sambung, "kawan ibu de sorang tak kawen lagi. nak kenal? dia masih belajar tapi dah kerja."
time tu aku dah tergelak. Aku cakap, "apa ibu ni...merepek je. tak nak lah."

masa cousin aku kawen ahad lepas pun, de mak cik aku dah mula nak mengusik.
lepas kakak aku nanti, turn aku pulak.
ada yang suruh cari bakal suami doktor yang baru-baru kat tempat keje ni.
aduii, macam-macam.

haishhhh. mengarut belaka je. penat lah fikir pasal boyfriend. rimas.
lagipun, aku terlalu muda untuk faham semua ni. acecehh. HAHA!
kalau nak, kahwin terus. tak yah susah-susah.
aku pun tengah mencari lagi ni. belum jumpe yang sesuai.
dah jumpa kang, tak tunggu dah. terus buat kenduri besar-besaran! HAHA.

doakan lah aku dapat jodoh yang baik-baik sahaja.
bukan senang sekarang nak cari lelaki yang benar-benar boleh dan mampu jadi suami yang baik.
yang penting, lelaki tu dapat restu kedua orang tuaku. :)

okayyyy, nak tidur. esok sudah mahu mengadap lab staff yang garang belaka.

No comments:

Post a Comment