Ads by Smowtion

Tuesday, June 14, 2011

orang lain....

orang lain tak kan faham walaupun orang lain cuba faham.
orang lain memang ade persamaan tetapi orang lain tak same.
orang lain nampak je rambut sama hitam tetapi ragamnye berbeza-beza.

orang lain zahir je nampak baik tetapi hakikatnye dalaman nye teruk.
orang lain nampak sahaja muka seperti pengganas tetapi hati nye seindah taman.
tak semua orang lain bole buat ape yg kita buat.
dan tak semua orang lain tak bole buat apa yg kita tak boleh buat.

orang lain dicipta dengan pelbagai keistimewaan.
dan orang lain juga dijadikan dengan pelbagai kekurangan utk saling melengkapi.
jadi mmg tak adil utk kite membandingkan orang lain dengan orang lain.
tak adil juga utk kite menyamakan orang lain dengan orang lain.

ade juga nasihat yg orang lain boleh terima.
ade jugak nasihat yg orang lain rase susah nak terima.
sbb orang lain tak rasa apa orang lain rasa.

orang lain juga punyai citarasa berbeza.
ade yg kate orang ni cantik, ade yg tidak.
ade kate yg ni sedap, ade yg kate tidak.

begitu juga dengan pengalaman hidup.
ape yg dilalui oleh orang lain mungkin hampir sama. tapi tak serupa.
begitu juga perasaan dan pemikiran.
orang lain mempunyai perasaan yg sensitif. dan ada yang keras hati.
ade orang lain yang berfikiran postitif tapi ade juga yang berfikiran negative.
ade jugak yg berfikiran matang tapi ade jugak yg seperti anak-anak kecil.

dan orang lain tak kan pernah faham aku.
sebab aku sendiri merasa susah utk faham diri aku sendiri.
selama aku hidup, hanya 70% aku faham diri aku.
yang 30% aku masih keliru. aku masih tercari-cari diri aku.

orang lain tak sama ngn aku.
aku tak sama ngan orang lain.
dan kekuatan aku tak sama dengan orang lain.
sbb aku lemah.
orang lain suke berfikiran simple. tapi aku tak.
aku suke fikir satu masalah sebesar semut menjadi sebesar gajah.
aku complicated. aku mudah tertekan,
dan setiap hari itu adalah tekanan terbesar utk aku lalui.

orang lain tetap orang lain.
kita tetap kita.
dalaman kita tak sama. luaran kita juga tak sama.
mane ade hidung kita hidung erra fazira, bibir siti nurhaliza, mata mas idayu kan.
orang lain sama ngn kita tapi tak serupa.

No comments:

Post a Comment