Ads by Smowtion

Tuesday, January 25, 2011

dia pergi buat selama2nya.

kira jam 6.15, panggilan dr sepupu terus membuatku gusar.
lantasku menelefon kedua org tua ku. innalillah....
ibuku terus mengambilku pulang terus ke rumah nenek.
dalam perjalanan seakan tidak percaya.
aku melulu masuk rumah nenek dan menunaikan solat maghrib.
selesaiku menjalankan kewajipanku, aku terus disisi nenek.
ya, kini aku percaya. aku kehilangan sorg nenek yg aku sayang. longlai, lemah tubuhku.
ku kuatkan diri ini, menghadiahkan bacaan yasiin pada nenek.
lapar dan dahaga ku tidak ku hiraukan sampai detik jam 1 pagi.
sudah tidak tertahan lagi. aku sekeluarga keluar sebentar mengisi perut yg lapar.
jam 3.30 pg , aku tidur disisi nenek. jam 6 pg, aku pulang untuk mandi.
jam 7.30pg kembali semula ke rumah nenek.
di saat semua orang kampung hadir, aku melihat nenek dimandikan. sayu nya hati ini.
saat nenek dikafankan, air mataku mula bergenang. 
ku lap kan sahaja. semakin laju pula ia mengalir. nenek dh pergi. ;((
kerinduanku pada nenek yg tersemat dlm hatiku masih belum terubat.
selesai solat jenazah, aku terus ke kubur. 
semoga roh nya dicucuri rahmat.
24 januari 2010 tanggal menjadi kenangan Hajah Saliah Bt Mariam. ku meredhai pemergiaan nenek buat selamanya.
AL-FATIHAH..........
juga untuk arwah atok sebelah ibu , Hj Buang bin Hj palil.16 mei 2006.
arwah atok sebelah abah, Hj Talib bin Md Noor. August 2008.
arwah nenek sebelah abah, Ranah nin Rajiman. Tahun 1964.
mereka semua telah pergi dan dikebumikan di tanah perkuburan yg sama. ;((


KAU PERGI - AIZAT.
Sayu terpisah

hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia


No comments:

Post a Comment