Ads by Smowtion

Tuesday, February 8, 2011

Lumpuh.

bintang mula menjauh diri.
rase itu kian pudar.
perasaan itu seakan lenyap.
dunia bagaikan lumpuh.
cahaya menghilang bukan sesaat.

apakah yang sebenarnya diri ini mahu.
keliru celaru. ade sesuatu yg diri ini pendam.
bukan rahsia tapi rasa.  
kosong. masih tidak mengerti.
buntu. belum punya ada jalan keluar.
merangkak mencari kebenaran, kesahihan.
adakah ego dan kemarahan, kesempitan dan air mata.
adakah punca dan keinsafan.
saraf otak seolah tidak berfungsi, xmampu memikirkan kewarasan.

menyeksa diri. mematikan nadi.
pasti saat itu diri ini terlalu kabur.
semangat, kau bangkitlah!
usah dilemahkan lagi diri yg mungkin angkuh ini.

ruang-ruang tenang harus dicari. harus dinikmati.
kesibukan, dan bebelan manusia kadang membatasi.
kesunyian ingin dimiliki sebagai ganti.
musuh hati segeralah kau pergi.
lenyapkan bayangan yg menggangu diri.

kadang, memiliki satu yg pasti lebih baik dari sejuta yg sementara.
maaf dituju kepada mereka. lelah, sakit biar disimpan sendiri.
nukilan ini hanya bisikan hati.
-fafa imran-

No comments:

Post a Comment