Ads by Smowtion

Wednesday, November 9, 2011

#Cerpen : Dia Milikku.

Hari ini hari perkahwinan sepupuku, Abang As.
Seperti perkahwinan sepupu-sepupuku yang sebelum ini, aku akan menjadi antara orang penting untuk membanting tulang, memerah keringat sepanjang majlis berjalan.
Terasa malas, tetapi ku rajinkan ku diri ini.
Lalu, aku masuk ke dalam rumah mengambil bunga telur.

Pandangan terhenti seketika pada seorang lelaki yang berbaju hitam.
Hatiku berbisik, 'siapakah dia? adakah dia Epi?'
Zaraaaa! Teriak sepupuku Shira memanggil aku.
Lantas aku terus mengalihkan pandangan dan mengangkat bunga telur keluar.
Tetapi anak mataku masih tidak ingin melepaskan pandangan.

Setahun berlalu......
Sepupuku Abang Hanif pula berkahwin.
Kali ini aku ditugaskan sebagai penanggah.
Di bawah terik sinaran matahari, sedang aku mengelap cawan aku terpandang  seorang lelaki berbaju hijau.
Kami memandang antara satu sama lain. Seperti pandangan terikat. Kami mengukir senyuman.
Inginku menjerit sahaja namanya, tetapi dia sudah terlalu jauh menuju ke tempat letak kereta.
Aku sedih. Hanya mampu menundukkan kepala sahaja.
'Ah, Zara usahlah kau berangan mendekati Epi, aku membebel sendirian.

Setiap kali berjumpa, aku sering tertanya-tanya. Mungkinkah aku silap orang.
Aku sudah tidak begitu mengenali Epi.
Kali terakhir berjumpa dengannya ketika zaman kanak-kanak yang sudah lama aku tinggalkan.

Beberapa bulan kemudian,
Aku mengikuti kedua orang tuaku ke Shah Alam.
Sampai-sampai sahaja aku terlihat dua mempelai sedang bergambar bersama photographer mereka.
Penuh tanda soal dalam kotak fikiranku. Terkebil-kebil mataku memandang mereka.
Aku kenal pengantin lelaki itu. Itu Iwan, abang kepada Epi.
Patutlah sepertinya aku pernah menjejak kaki di sini.
Rancak sahaja kedua orang tuaku berbual dengan mak ayah Epi dan saudaraku.

Lelaki berbaju oren lalu lalang di hadapan.
Ku lihat bawah. Ku lihat atas. Aku terdiam.
'ehhh, Epi lah!', ingin saja aku menegurnya. Tapi aku bukan seorang yang berani.
Kami memandang dan tersenyum.
Epi kelihatan malu. Kedua-duanya tunduk.
Epi mengambil tempat duduk kira-kira selang 3,4 meja dari jarak aku.
Aku hanya memandang. Hati berbunga sehingga tiada selera untuk menjamah makanan.
Meskipun aku tahu lauk-lauk rumah pengantin selalunya sungguh enak.

Aku nekad untuk mencari namanya di muka buku. Bagaimana aku mahu mencari sedangkan aku tidak tahu nama penuhnya.
Aku cari semula kad kahwin abangnya di laci rumahku.
Aku jumpa, lantas ku selak mencari ruangan 'turut mengundang' yang selalunya disertakan nama dan nombor telefon.
Aku lihat nama yang tertera satu per satu.
'Adakah Ifzan itu Epi?', persoalan yang masih belum terjawab.

Aku mendaftar masuk muka buku. Lalu, aku menaip dikotak search.
Terketar untuk menekan keyboard, IFZAN dan gabungkan namanya dengan nama ayahnya.
Tanpa ragu-ragu aku menekan butang Add Friend.
Tidak lama kemudian, Ifzan meng-approve.

Kami mula bermesej di muka buku. Aku memperkenalkan diri aku, Zara kawan dizaman kanak-kanaknya. Budak perempuan yang selalu mengikuti percutian di seluruh malaysia.
Kami mengingati semula kenangan sewaktu kami kecil.
Kami adalah dua pupu. Dia sepupu kepada sepupuku.
Semuanya indah walaupun aku lebih rapat dengan adiknya, Baby berbanding dengannya.
Kami mula menukar nombor telefon. Kami berkawan semakin rapat.
Perasaan sayang semakin hari semakin menebal.
Ku simpan sahaja apa yang terbuku itu kerana tidak mahu merosakkan sebuah persahabatan.
Kami sering keluar makan dan bersiar-siar bersama dengan keizinan kedua orang tuaku.

Diam-diam sudah dua tahun kami berkawan.
Tetapi, suatu hari Ifzan insan yang aku kenali sebagai Epi ingin kembali kepada bekas kekasihnya, Yana.
Aku sedih tetapi pastinya aku kena gembira kerana Ifzan ingin mencari kebahagiaannya.
Mereka pernah gagal, dan kini mereka ingin bersatu semula.
Ifzan memberitahu aku, dia mahu bertunang dengan Yana.
Hancur remuk hatiku. Harus ku relakan juga.

Aku pula semakin jauh dengan Ifzan. Aku tak mahu ganggu tunangan orang.
Dia bukan milik aku. Setiap kali Ifzan menelefon aku, pasti tidak berangkat.
Mesej Ifzan di muka buku tidak ku hiraukan.
Aku belek-belek 'phone chain' yang kami beli sama di Sunway.
Ku lihat kad hari jadi yang Ifzan beri dahulu disertakan dengan hadiah sebuah diary.
Di kad tersebut tertulis, 
'Zara, I harap kita akan jadi sahabat baik selama-lamanya. You insan terbaik yang pernah I kenal'.

Ringkas tetapi maksudnya sungguh mendalam. Air mataku tidak tertahan, ku lepaskan juga.
Aku menjerit sambil memegang kad tersebut, 'Ifzan, I sayangkan youuuu. I dah lama tunggu you.'

Hari ini genap sembilan bulan aku tidak berjumpa Ifzan.
Aku pergi ke One Utama untuk menonton wayang. Kali ini aku berseorangan.
Tiba-tiba, suara lelaki garau menyapaku dari belakang.
'Zara....?!' sapaan lelaki tersebut.
Aku menoleh, lalu terpaku bila melihat Ifzan dihadapanku. Longlai tubuhku.
Keegoaanku tidak mahu memandangnya walau rindu dihati ini sudah tidak mampu ku tanggung lagi.

"Kenapa you tak angkat fon you bila I telefon? Mesej I langsung you tak reply? Nape you larikan diri dari I?", bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Ifzan.
"I......I cuma nak tenangkan fikiran I', aku membalas.
'You tahu tak I serabut sangat bila sehari tak jumpe you sejak I bertunang dengan Yana?', Ifzan bersuara.
'You marah kat I ke Zara?', sambung Ifzan. Aku masih berdiam diri.
'You baliklah, I nak bersendirian. You jangan ganggu I lagi...!', aku bernada tegas sambil meninggalkan Ifzan disitu.
'I sayangkan you, Zara..! I dah putus tunang dengan Yana....!', jerit Ifzan.
Langkahku terhenti. Aku menangis. Menoleh ke arah Ifzan.

Ifzan memegang bahuku. 'You, I dah putus dengan Yana. Yana yang putuskan pertunangan kami sebab dia tahu I sayangkan You. Dia tak mahu meragut kebahagian yang I ada kat depan mata I. I tak boleh hidup tanpa you. You kekuatan I masa I jatuh, masa I susah', jelas Ifzan tenang.

Aku tidak berhenti menangis kerana memikirkan akhirnya Ifzan mengatakan yang dia menyayangi aku.
Aku tidak menyangka, bukan aku sahaja yang menyimpan perasaan yang sama.
Rupa-rupanya cintaku berbalas tanpa aku ketahui.

Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk disatukan untuk membina ikatan yang sah biarpun di waktu usia yang agak muda.
'Aku terima nikah nya Zara binti Khairil, dengan mas kahwin........................'
Kami sudah pun bergelar suami isteri.
Selepas 3 tahun berkahwin, kini kami dikurniakan dua orang puteri, anak kembar seiras yang diberi nama Alisya dan Aleeya.
Yana pula, bekas kekasih Ifzan sedang giat menjalani rawatan kerana menghidapi penyakit kanser otak.
Aku dan Ifzan sering melawat Yana diwaktu kelapangan kerana aku tahu seorang pesakit kanser amat memerlukan sokongan dan dorongan dari orang terdekat.
Hidup Yana dijangka oleh doktor untuk beberapa tempoh kerana panyakitnya semakin serius. Sel-sel kansernya sudah merebak ke kawasan lain.
Hanya doa yang dapat ku panjatkan supaya di permudahkan segala urusannya di dunia oleh Allah s.w.t.

Aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah kerana Engkau menghadiahkan aku sebuah keluarga yang bahagia.
Kau memberi lelaki yang sangat hebat dan bertanggungjwab sebagai suamiku.
Di saat aku hampir berputus asa kerana hampir kehilangannya, akhirnya dia milikku.
Segala makan minum ku, terjaga.
Dengan kehadiran dua orang puteri hasil perkahwinanku menambahkan lagi seri rumahku.
Terima kasih Ya Allah kerana kau mendengar doa hamba-Mu ini.
Segala keajaiban adalah milik-Mu Ya Allah.

Buat suamiku,
Abang, terima kasih sebab menjadikan Zara sebagai isteri abang yang sah.
Zara sayang sangat kat abang.
Semoga Zara adalah yang terakhir buat abang dan abang yang terakhir buat Zara.   

#hanyarekaansemata-mata. cerpenpercubaanpertama. :)

No comments:

Post a Comment