Ads by Smowtion

Friday, November 4, 2011

kenapa aku..?

seawal umur aku 5 tahun. baru mula belajar. baru hendak tahu hidup.
tapi apa malang nasib yang menimpa aku.
apa yang berlaku pada aku seawal umur itu yang tak siapa tahu.
malah lagi sedih bila ibu dan abah ku sendiri tidak tahu.
ketika aku cuma budak tadika yang tak tahu apa-apa. tetapi kini aku ketakutan.

ibu, abah.....
mintak maaf kerana merahsiakan perkara ni sampai ke hari ini.
bukan mudah mahu ku pendam rahsia ini selama 15 tahun.
bukan sengaja aku tidak mahu memberitahu, tapi aku fikir jalan ini lebih selamat.
dan kini aku masih tak pasti, apakah benar tindakan aku itu.

sampai bila aku harus simpan. perit. lagi lama aku simpan lagi perit.
tapi, siapa yang faham. siapa yang tahu apa yang aku alami dulu.
apakah itu juga salahku kerana aku hanyalah budak hingusan yang masih perlu orang dewasa mengatur perjalanan aku.

kenapa aku yang harus melalui detik-detik itu.
kenapa aku. adakah takdirku memang begini.
*gugur air mataku*

Ya Allah, lindungi hamba-Mu ini yang masih perlu petunjuk-Mu.

No comments:

Post a Comment