last night, dia cube memenangi hati aku.
betapa susah nya aku nak jawab soalan yg berkaitan cinta.
tapi, aku dah salah buat keputusan.
tidur ku tak lena gara-gara aku beri jawapan yg terlalu terburu-buru.
kerana dia langsung tak memberi ruang utk aku berfikir.
dia mahukan jawapan pada malam itu juga.
ni soal hati. masa depan. bukan bahan experiment.
salah aku kerana memberikan peluang yg satu itu.
alangkah sakit nya aku membuat keputusan ni.
ye. aku lebih mementingkan perasaan orang lain berbanding diri aku sendiri.
aku sanggup menyeksa diri sendiri walau pahit.
tetapi tak de sorang pun yg faham keadaan aku.
aku cube terima dia.
bayangan aku dari aku kenal dia tak pernah lebih dari kawan.
perasaan lebih dari kawan tak pernah wujud.
apatah lagi sayang. aku pasti dengan perasaan aku.
aku tahu diri aku suka atau tidak.
dan seharusnya, dia tahu membaca gerak geri wanita.
kau silap. kau perasan...!
sangkaan dia salah sama sekali.
DAHULU, beberapa bulan lepas,,,,
maklumat seseorang yang mengatakan aku menyukai dia, smmgnya tidak benar.
bagaimana kau tak mahu orang itu, dan kau "pass" kat aku.
kau kate kat dia, aku yg nak kenal sbb aku suka dia.
hello, kau yg nak kenalkan kat aku. kau pulak ckp sebaliknya.
ehh, tolong sikit eyh. aku tak desperate BOYFRIEND macam kau lah.....!
sememangnya aku sgt marah.
langsung tak respect hak kawan.
kalau lah dia faham, aku hanya cuba menjaga hatinya.
aku ketawa kerana untuk menghilangkan gundah yg aku rasa.
disebalik ketawa tersirat seribu kepayahan.
bukan seperti sangkaan dia, aku ketawa kerana aku malu utk meluahkan apa yg terbuku dihati.
secara logiknya, tak kan aku nak berterus terang yg aku tak suka dia.
aku benci terjerat dalam keadaan macam ni.
aku rela membujang sampai ke tua lah....!
ye. aku manja. tapi bukan menggoda.
bukan utk menarik mane-mane perhatian.
aku bukan berpura-pura tapi mmg hakikat aku sebegitu.
maaf sekiranya :
-aku tak angkat telefon. aku tak balas mesej.
-aku switch off handphone.
-aku hide wall fb.
-aku kata aku sibuk.
-aku beri seribu alasan utk mengelak.
berikan aku ruang waktu beberapa hari utk aku berfikir semula.
kerana aku tak mampu untuk meneruskan hubungan ini.
aku masih mencari jalan utk menyelesaikan masalah ini.
aku masih cari cara utk melarikan diri.
kejamkah aku..? jahatkah aku..?
tapi aku juga punyai hak untuk bahagia.
dan aku juga punyai pilihan aku sendiri.
yang pastinya bukan dia.
Ya Allah, temukan lah jodoh ku.
kerana aku tidak mahu dibelenggu oleh perasaan kasihan terhadap mereka.
dan aku tidak mahu membuat kesilapan yg sama.
aku tak mahu lukai sesiapa.
dan kini aku menyesal.
kawan-kawan. berilah nasihat dan pandangan.
amat dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment